Kami komited untuk menjadikan jenama suplemen dan vitamin kami sebagai pilihan bagi rakyat Malaysia demi menyokong matlamat kesihatan mereka. Kami kini turut menjual produk kami di Shopee dan Lazada. Kami kini berada di bawah hak milik Vitamin Pride Sdn Bhd.
Mengapa Puritan’s Pride?
Sejak tahun 1973, kami percaya bahawa kejujuran adalah dasar yang terbaik. Dipercayai selama lebih 40 tahun oleh ramai keluarga bukanlah suatu yang harus dipandang ringan.
Sekiranya anda ingin mengetahui apakah yang kami sediakan dalam setiap vitamin, kami akan berkongsi dengan anda, kerana bahan bahan yang kami gunakan adalah bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia. Setiap orang berhak mengetahui dengan jujur tentang apa yang mereka masukkan ke dalam badan mereka.
Kepercayaan Adalah Warisan Kita
Ditubuhkan pada tahun 1973, Puritan’s Pride telah ditubuhkan untuk memberikan pelanggan vitamin berkualiti, perkhidmatan penyayang dan harga yang berpatutan.
Kami terus berkembang selama lebih dari 40 tahun kerana satu perkara yang tidak pernah berubah iaitu: Misi kami untuk menyediakan suplemen berkualiti tinggi pada harga terbaik.
Apakah Makna Perkhidmatan Pelanggan Bagi Kami
Hubungan antara pelanggan dengan kami adalah teras bagi perniagaan ini – bermula dengan pekerja kami sehinggalah pelanggan yang sentiasa berhubung dengan kami setiap hari.
Keaslian dan Kebaikan: Puritan’s Pride telah membina pelanggan setia sejak 40 tahun yang lalu kerana nilai-nilai teras ini. Kesetiaan sememangnya tidak mengenal peringkat usia. Dari pelanggan tertua kami hingga yang termuda, setiap pelanggan Puritan’s Pride telah menerima perkhidmatan yang menunjukkan betapa mereka dihormati dan dihargai. Itulah bagaimana kesetiaan dibina – dan bagaimana ia terus bertahan.
Komited dalam Kualiti dan Penjagaan
Ketulenan. Itulah standard yang kami tekankan dalam proses pembuatan. Semasa pelanggan membeli produk dari Puritan’s Pride, mereka harus yakin bahawa setiap vitamin, suplemen atau mineral itu adalah tulen — dari bahan yang digunakan hingga formulasi yang dihasilkan.
Proses pengeluaran dan pembotolan mengekalkan integriti dan ketulenan setiap produk. Hasilnya mudah: Apa yang dilihat pelanggan pada label adalah hasil sebenar yang mereka perolehi. Itulah sebab mengapa pelanggan kami mempercayai Puritan’s Pride.
Dari manakah bahan-bahan kami berasal?
Puritan’s Pride menjelajahi bumi bagi mencari bahan mentah terbaik untuk produk kami, kerana banyak bahan yang kami gunakan dalam vitamin, suplemen dan mineral kami adalah unik bagi sesuatu wilayah.
Contohnya, tanaman rami kami ditanam di Dakota dan minyak ikan pula berasal dari Amerika Selatan. Produk kami berasal dari 106 negara di seluruh dunia — dan kami mengetahui dengan tepat dari mana bahan-bahan kami berasal bagi memastikan kami mendapat kualiti dan potensi terbaik.
Apa yang Membuat Proses Pembuatan Puritan’s Pride Istimewa?
Vitamin, makanan tambahan dan mineral yang diformulasikan secara saintifik kami diuji atau diperiksa sebanyak 15 kali sepanjang proses pembuatannya. Ini bagi memastikan bahawa produk kami tulen dan berkesan serta konsisten.
Kawalan Penuh
Kami mengawal semua peringkat kemajuan produk kami. Penghasilan sendiri, telah memastikan bahawa standard tinggi produk kami dikekalkan pada setiap proses penghasilannya – bermula dari sumber kepada pembuatan kemudian pembungkusan sehinggalah pengedaran.
Pengetahuan dan Pengalaman
FDA (Pentadbiran Makanan dan Dadah A.S.) mengawal vitamin dan suplemen dengan teliti. Di Puritan’s Pride, standard kami adalah sama tinggi — atau pun lebih tinggi. Pelanggan kami meletakkan syarat berkenaan kepada kami bahkan sebelum peraturan menetapkannya.
Mata pada Masa Depan
Puritan’s Pride mempunyai hubungan kerja yang erat dengan Council for Responsible Nutrition. Ini adalah cara lain untuk kami terus ke depan pada masa sekarang dan masa hadapan dari segi permintaan dan tanggapan terhadap produk kami.
Membangun untuk Masa Depan
Sebagai perintis dalam industri, kami telah menyaksikan pelbagai perkara. Kami memahami bahawa trend, pilihan dan harapan pelanggan sentiasa berubah.
Kami juga tahu bahawa tindakan kami terhadap permintaan mestilah cepat dan tegas, tetapi tidak boleh mengorbankan nilai-nilai teras kami. Di Puritan’s Pride, inovasi adalah mengenai mengambil langkah sebenar dan menuntut keputusan sebenar — keputusan yang menjadikan hidup lebih sihat, lebih baik dan lebih mudah bagi pelanggan kami.
Bagaimana Kami Memberi Kesejahteraan kepada Pelanggan
Kami berhasrat untuk menangani setiap aspek gaya hidup sihat dengan menyediakan produk berkualiti tinggi dengan nilai yang besar.
Kami mempunyai lebih dari 1,000 produk yang sesuai dengan pelbagai kategori kesihatan, termasuk kecantikan, suplemen sukan, penjagaan haiwan kesayangan dan banyak lagi.
Pelanggan Puritan’s Pride rasa bahagia bila dihargai, rasa senang dan memanfaatkan kehidupan mereka sepenuhnya. Itu adalah komitmen sepenuh masa – dan kami komited sepenuhnya untuk membantu mereka mencapai matlamat itu dengan seberapa mungkin.